Perlawanan separuh akhir kedua saingan Asean Championship 2024 malam ini menyaksikan Thailand bangkit benam Filipina di laman sendiri.
Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan utama terbaik. Thailand tertekan selepas tewas tipis pada aksi separuh akhir pertama tempoh hari.
Selepas setengah jam aksi, pasukan tuan rumah Thailand membuka jaringan pertama pasukan menerusi Peeradol Chamratsamee.
Separuh masa pertama tamat, skuad kendalian Masatada Ishii berjaya menyamakan kedudukan agregat jaringan.
Pada minit ke-54 permainan, penyerang muda Thailand, Patrick Gustavsson menghadiahkan gol kedua pasukan sekaligus memberi kelebihan jaringan.
Akhirnya pada minit ke-84, Filipina berjaya membuka jaringan menerusi pemain gantian, Bjorn Martin Kristensen sekaligus menyamakan kedudukan agregat jaringan.
Perlawanan dibawa ke masa tambahan selepas keputusan agregat jaringan Thailand 3-3 Filipina.
Pada minit ke-116 permainan, bintang muda Thailand, Suphanat Muenta menjaringkan gol ketiga pasukan dengan tandukan deras menewaskan penjaga gol Filipina.
Perlawanan tamat dengan keputusan Thailand 3-1 Filipina (agregat 4-3).
Selepas ini, Thailand akan berdepan Vietnam bagi aksi perlawanan akhir saingan Asean Championship 2024.