Khidmat bintang sensasi Thailand, Chanathip Songkrasin dijangka terpaksa dilupakan pasukan Thailand pada kempen Piala AFF tahun ini.
Pemain yang mewakili pasukan dari Jepun, Kawasaki Frontale ini merupakan tonggak utama pasukan Thailand pada edisi Piala AFF sebelum-sebelum ini. Chanathip dalam kempen Piala AFF telah dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan sebanyak tiga kali.
Sebelum ini pengendali Thailand, Mano Polking dalam satu temubual berhasrat untuk membawa tiga pemain mereka yang berpangkalan di bumi Jepun, iaitu Chanathip, Supachok dan Chaowat menyertai kempen Piala AFF Mitsubishi Elektrik 2022.
Bagaimanapun, selepas undian kumpulan dilakukan pada semalam, jurnalis Thailand iaitu Ta Loa telah berhubung dengan sumber rapat Chanathip. Sumber itu memaklumkan bahawa Chanathip perlu masa untuk berehat dan mengharapkan para penyokong Thailand memahami keadaan tersebut.
“Chanathip memerlukan masa untuk berehat kerana pada 2022, dia perlu bermain dalam Liga-J untuk sepanjang musim. Pada tahun 2023 akan ada kejohanan penting seperti Piala Asia dan Piala Dunia, kelayakan. Dan minta peminat bola sepak Thailand memahami situasi itu.”
“Dia memerlukan masa untuk pulih. Kami telah memaklumkan kepada pengurus pasukan Nuanphan Lamsam dan ketua jurulatih Thailand Mano Polking. Kedua-duanya memahami alasan Chanathip. Kejohanan ini adalah berada di luar kalendar FIFA. Piala ASEAN adalah salah sebuah perlawanan yang boleh menjejaskan keadaan fizikal, jadi adalah penting untuk dia berehat untuk kejohanan penting pada 2023,” tulis Ta Lao.