Ads
Dunia
Official Sabah FC

Penyerang pasukan Sabah FC, N. Thanabalan berazam untuk menjadi watak penting buat pasukan menjelang musim baharun sekaligus bakal meletakkan pasukan pada kedudukan yang sebenar untuk memburu kejuaraan.

Advertisements

Bekas penyerang muda sesasi itu bagaimanapun menyatakan hasrat untuk kembali menjadi penyerang digeruni oleh barisan pertahanan liga selepas beliau mengakui tidak dapat mencapai persembahan terbaiknya setelah dibelenggu masalah kecergasan sebelum ini.

Advertisements

Walau bagaimanapun, beliau kembali bersemangat untuk terus memberikan sepenuhnya komitmen untuk membantu pasukan.

Advertisements

Advertisements

Saya akui pada musim ini terdapat kekangan dalam membantu pasukan meraih kejayaan berikutan masalah kecergasan.

“Namun kini saya sudah berada pada tahap kecergasan terbaik untuk membantu Sabah mengharungi musim depan.

Advertisements

“Saya berharap dapat kekal dalam barisan kesebelasan utama dan seterusnya membantu menjulang nama Sabah,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Pemain berusia 26 tahun ini juga diberikan peluang untuk terus membuktikan kemampuan sebenarnya dengan lanjutan kontrak setelah beraksi dengan cukup baik semenjak kehadiran Datuk Ong Kim Swee.

Bukan itu sahaja, Thanabalan juga mahu memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membantu mencapai objektif yang ditetapkan selain mampu untuk memainkan peranan utama sebagai penyerang pasukan.

Advertisements

Dengan kemasukan beberapa nama besar ke dalam pasukan Sabah, ia sudah pastinya menjadi suntikan moral terbaik buat pasukan untuk terus melangkah ke hadapan bagi memperbaiki kedudukan dalam Liga Super.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram