Thanh Nien U19: Malaysia Muncul Naib Juara Tewas Kepada Vietnam
Dunia
FAM
Advertisements

Skuad bawah 19 tahun kebangsaan gagal merangkul Piala Thanh Nien selepas ditewaskan tuan rumah, Vietnam menerusi penentuan sepakan penalti.

Vietnam bermula dengan garang apabila menguasai bola dengan saling bertukar-tukar hantaran pendek dan mereka tidak menunggu lama untuk berada di hadapan apabila Nguyen Van Tu meledak seawal minit ke-11 perlawanan melalui tandukan yang mengelirukan penjaga gol Malaysia, Aizat Aiman.

Walaupun Vietnam dilihat lebih merbahaya apabila melakukan serangan namun benteng Malaysia ampuh bertahan dan menamatkan separuh masa pertama dengan kedudukan kekal 1-0 memihak Vietnam.

Advertisements

Bersambung babak kedua, Malaysia cuba menggandakan asakan ke kubu Vietnam namun begitu, penguasaan bola lebih memihak kepada Vietnam.

Malaysia akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-84 melalui penyerang Sabah FC, Azhad Harraz Arman yang menyambar hantaran dari Rohisham Haiqal.

Advertisements

Kedudukan 1-1 itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan dan perlawanan dilanjutkan ke penentuan sepakan penalti.

Dua sepakan penalti Malaysia gagal disudahkan yang mana satu terkena palang dan satu lagi melambung tinggi sekali gus memberikan kemenangan buat Vietnam dengan keputusan 4-3 melalui sepakan penalti.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram