Thomas Cup: Malaysia Benam Cabaran Hong Kong
UltraSukan
BA Malaysia
Advertisements

Kontinjen Malaysia membuka kempen Thomas Cup 2024 dengan langkah kanan apabila mengatasi cabaran Hong Kong dalam aksi pertama Kumpulan D.

Kedua-dua pasukan tahu kemenangan perlu diraih untuk meningkatkan peluang merebut slot naib juara kumpulan.

Ini ditambah dengan fakta pasukan pilihan iaitu Denmark turut berada dalam kumpulan sama. Satu lagi pasukan dalam Kumpulan D ialah wakil Afrika, Algeria.

Advertisements

Malaysia menurunkan jaguh perseorangan lelaki ke-10 dunia, Lee Zii Jia sebagai wakil perseorangan lelaki pertama. Sementara Hong Kong pula menurunkan pemain perseorangan ke-15 dunia, Lee Cheuk Yiu.

Kali terakhir kedua-dua pemain pernah beradu ialah saingan Denmark Open 2023. Perlawanan tersebut menyaksikan Zii Jia menewaskan Cheuk Yiu dengan keputusan 21-15, 21-17.

Advertisements

Anak jati Alor Setar, Kedah itu terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan Cheuk Yiu dengan keputusan 21-18, 21-18 untuk mata pertama Malaysia.

Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik meneruskan rentak cemerlang Malaysia dengan mengatasi cabaran regu lelaki ke-170 dunia, Law Cheuk Him dan Yeung Shing Choi.

Advertisements

Pengalaman bergelar juara dunia edisi 2022 dimanfaatkan sepenuhnya Aaron-Wooi Yik untuk meraih kemenangan dengan keputusan 21-16, 21-12.

Kemenangan Malaysia disahkan menerusi perseorangan ketiga negara, Leong Jun Hao. Jun Hao yang berstatus pemain nombor 37 dunia terpaksa menentang jaguh Hong Kong, Angus Ng Ka Long.

Advertisements

Meskipun tewas dalam set pertama dengan keputusan 21-17, Jun Hao bangkit untuk memastikan mata ketiga kontinjen negara.

Pemain berusia 24 tahun itu menang dengan menguasai dua lagi set menerusi keputusan 21-12, 21-15 dengan tempoh perlawanan selama sejam.

Ketika ini, regu lelaki negara Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani sedang beraksi menentang regu kedua Hong Kong, Reginald Lee Chun Hei dan Tang Chun Mai.

Sze Fei-Izzuddin menunjukkan kehandalan mereka sebagai regu ke-15 dunia dengan meraih mata keempat Malaysia menerusi keputusan 21-19, 21-18.

Perseorangan ketiga negara, Justin Hoh memastikan Malaysia meraih kemenangan 5-0 ke atas Hong Kong.

Justin yang menduduki ranking ke-232 dunia mengejutkan pemain nombor 91 dunia dari Hong Kong, Chan Yin Chak dengan keputusan 21-17, 19-21, 21-17.

Kemenangan ini juga melunaskan impian beliau untuk membalas dendam terhadap lawan sama selepas tewas dalam saingan Vietnam International Challenge 2023.

Malaysia seterusnya bakal menentang Algeria untuk aksi kedua Kumpulan D yang berlangsung pada hari esok.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram