Tiada Farizal Pun Tak Apa, Mora Ada Seribu Satu Cara
Dunia
JDT
Advertisements

Walaupun pasukan JDT kehilangan ketua pasukan, pengendalinya, Benjamin Mora mengakui bahawa beliau mempunyai seribu satu cara bagi menghadapi situasi yang sukar sebegini. Namun, beliau tidak memikirkan lagi tentang pelan tersebut kerana belum sampai masa ia diperlukan.

Jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora menjelaskan Farizal Marlias, tampak mengalami kecederaan yang serius sekali gus dijangka terlepas aksi awal kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022.

Menurut beliau detik cemas itu berlaku pada minit ke-60 perlawanan apabila Farizal kelihatan tidak sedarkan diri selepas bertembung dengan rakan sepasukannya, Shane Lowry pada aksi Liga Super ketika JDT menentang Terengganu.

Advertisements

“Dia berasa pening dan beberapa saat pertama dia tidak sedarkan diri. Mungkin tidak 100 peratus tapi selepas itu dia dalam keadaan sedar. Dia terluka dan perlu memakai pendakap leher.”

“Tapi kami ada pelan A, B, C malah D. Kami ada banyak perancangan. Tapi saya tidak memikirkan sangat tentang pelan itu hinggalah saya memerlukannya,” ujarnya.

Menurut satu hantaran terbaru dalam laman rasmi media sosial JDT, Farizal dimaklumkan kini berada dalam keadaan stabil namun tetap perlu kekal dalam pemerhatian doktor.

Advertisements

Dalam pada yang masa Mora mahu Farizal lekas pulih dan terus berehat, selepas itu barulah Mora akan berhubung dengan Farizal.

“Buat masa ini saya mahu dia pulih dan berehat, kemudian saya akan bercakap dengannya,” katanya kepada Stadium Astro.

Semoga Farizal Marlias diberikan kesembuhan segera dan dipermudah dalam setiap urusan. Lekas sembuh, Farizal.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram