“Tiada Jaminan Mana-Mana Pemain Dalam Kesebelasan Utama” – Tomislav Steinbruckner
Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mahu anak-anak buahnya terus bersaing bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

Jurulatih berusia 58 tahun itu mahu menilai para pemainnya ketika sesi latihan dan aksi pemanas badan bagi menentukan pemain yang layak untuk mengisi kesebelasan utama pasukan.

”Saya tidak boleh memberi sebarang jaminan kepada mana-mana pemain untuk berada dalam kesebelasan utama. Mereka perlu mendapatnya ketika sesi latihan dan perlawanan persahabatan,” katanya kepada Astro Arena.

Advertisements

Tambahnya lagi, musim lalu skuadnya memiliki barisan pemain yang berkualiti untuk bersaing bagi setiap posisi namun timbul masalah yang merencatkan perancangan pasukan.

“Seperti musim lalu, kita mempunyai persaingan sengit dan pada suatu ketika kita mempunyai sedikit masalah dengan pemain di bangku simpanan.”

Beliau berharap squad depth musim ini dapat memberi persaingan yang sihay di setiap posisi sekaligus dapat meningkatkan kualiti pasukan secara keseluruhan.

Advertisements

”Anda tahu apabila setiap posisi mempunyai persaingan yang baik, pemain yang dipilih akan memberi yang terbaik,” ujarnya lagi.

Terengganu kini sedang giat melakukan persiapan bagi menghadapi musim hadapan yang bakal bermula pada bulan Mei depan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram