Tidak Tamak, Safawi Sumbang 1000 botol Hand Sanitizer
Dunia
Advertisements

Walaupun terpalit dengan kontroversi dan dikecam cuba mengambil kesempatan dengan mengeluarkan “hand sanitizer” dikala wabak Covid-19 semakin menular tidak menghalang bintang bola sepak kebangsaan, Safawi Rasid untuk memberi bantuan kepada “frontliners” dalam usaha menangani wabak Covid-19 di Johor.Baru-baru ini Safawi Rasid telah menyumbang 1000 botol “hand sanitizer” keluarannya kepada KPJ Johor.Safawi sebelum ini juga telah menyumbang kepada masyarakat di kampung halamannya yang terjejas dan hilang punca pendapatan akibat wabak ini.

Perkara ini diumumkan di lama media rasmi JDT dan mendapat respon yang baik apabila tindakannya dipuji oleh pelbagai pihak.

Pasukan JDT sebelum ini telah mencuri perhatian ramai pihak apabila barisan pemain dan staff bersetuju untuk pemotongan gaji sebanyak 33% untuk didermakan kepada Tabung Bencana Negeri Johor untuk membantu kelab dan masyarakat yang terjejas akibat wabak Covid-19.Tindakan ini mendapat pujian daripada Konfedarasi Bola Sepak Asia (AFC) dan badan induk ini menggesa agar semua pasukan dan kelab di Malaysia mengikuti jejak langkah yang dibuat oleh JDT.

Advertisements

Safawi Rasid sememangnya terkenal bukan sahaja kerana aksinya di atas padang, malah kemurahan hatinya membuatkan dia dihormati orang ramai.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram