Pertembungan Indonesia dan Australia pada hari Selasa esok menyaksikan Stadium Gelora Bung Karno (GBK) bakal dipenuhi dengan ribuan penyokong.
Perkara ini diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) semalam di laman Instagram menyatakan bahwa tiket sudah habis terjual meskipun masih berbaki dua hari lagi.
Skuad kendalian Shin Tae-yong kini berada dalam momentum terbaik selepas berjaya mengikat pasukan ke-56 dunia, Arab Saudi dalam perlawanan pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 tempoh hari.
Ketika ini, Indonesia berada di tangga ke-3 peringkat kumpulan C berkongsi 1 mata dengan Arab Saudi. Sementara The Socceroos di tangga tercorot tanpa sebarang mata.
Dianggarkan kehadiran akan mencecah 60,000 penyokong hadir di GBK dan ianya sedikit sebanyak dapat merencatkan mental pasukan pelawat, Australia.
Timnas Indonesia akan berdepan Australia pada hari esok, jam 8 malam bagi aksi perlawanan kedua peringkat kumpulan 3 bagi saingan kelayakan Piala Dunia 2026.