Tiket Aksi JDT vs Sanfrecce Hiroshima Sudah Mula Dijual
MakanBola
Johor Southern Tigers

Tiket perlawanan epik antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan wakil Jepun, Sanfrecce Hiroshima, kini rasmi mula dijual kepada orang ramai, sekali gus menyemarakkan lagi kehangatan menjelang aksi yang dinanti-nantikan para penyokong bola sepak tanah air.

Pertembungan ini bukan sekadar perlawanan biasa, sebaliknya dianggap sebagai medan ujian sebenar buat juara Malaysia itu untuk membuktikan kemampuan mereka di pentas Asia sekali lagi menentang kelab berprofil tinggi dari Liga Jepun.

Atas sebab itu, pengurusan Harimau Selatan mengumumkan penjualan tiket untuk perlawanan pertama pusingan 16 ACLE menentang Sanfrecce Hiroshima pada Rabu ini.

JDT mengesahkan kemaraan ke pentas pusingan 16 terbaik selepas menumpaskan satu lagi gergasi Jepun, Vissel Kobe dengan keputusan 1-0 pada 17 Februari lalu.

Kelab Jepun, Sanfrecce Hiroshima pula memastikan tiket pusingan 16 menjadi milik mereka ketika menewaskan Harimau Selatan dalam aksi ke-7 saingan ACLE 2025/26 di Edion Peace Wing pada 10 Februari dengan keputusan 2-1.

Penyokong JDT boleh mendapatkan tiket secara dalam talian dengan menekan pautan di bawah:

Tiket Aksi JDT-SanfrecceHiroshima

Kemenangan yang diraih ke atas gergasi Jepun, Sanfrecce Hiroshima bukan saja satu detik bersejarah buat pemain, staf dan penyokong JDT.

Malah, ia mampu jadi pembakar semangat buat Harimau Selatan bila turun sekali lagi menentang Sanfrecce Hiroshima dalam aksi kedua pusingan 16 terbaik pada 11 Mac ini di tempat lawan.