Dunia
Premier League
Advertisements

Bekas pemain bintang pasukan Everton, Timothy Filiga Cahill (Tim Cahill) menzahirkan perasaan terujanya menyaksikan perlawanan melibatkan pasukan Johor Darul Ta’zim di Instagramnya.

Menerusi satu hantaran kisah Instagramnya, Tim Cahill memuat naik video sedang menyaksikan perlawanan Liga Juara-juara AFC di antara pasukan JDT menentang Kawasaki di Stadium Sultan Ibrahim.

Beliau turut menzahirkan hantaran itu kepada pemilik pasukan JDT, Tunku Ismail Idris (TMJ) dan ianya diulang siar TMJ di akaun Instagramnya.

Advertisements

Johor Darul Ta’zim sebelum ini beberapa kali menarik perhatian antarabangsa dengan pelbagai pencapaian dan program berimpak tinggi di Asia dan Liga Malaysia selain kini berpeluang cerah untuk layak ke pusingan seterusnya di Liga Juara-juara AFC selepas berjaya mengikat jaguh Jepun, Kawasaki Frontale dan menewaskan juara Korea, Ulsan selain menewaskan kelab China, Guangzhou FC dengan jaringan besar.

Tim Cahill sebelum ini membuat penampilan sebanyak 226 kali bersama kelab Liga Perdana Inggeris, Everton dan berjaya menjaringkan sebanyak 56 gol selain merupakan seorang figura lagenda yang dihormati di Everton.

story jdt tim cahill Bintang EPL, Tim Cahill Teruja Layan Perlawanan Melibatkan JDT
Instagram @tim_cahill

Bekas pemain skuad kebangsaan Australia itu sebelum ini pernah beraksi di Piala Dunia FIFA dan kini merupakan Ketua Pegawai Sukan Akademi Aspire Qatar.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram