Tindakan Rahadiazli Dipersoal Penyokong Terengganu
Liga Super
Officialterengganufc
Advertisements

Hasrat Terengganu FC mencuri tiga mata dari Stadium Bandaraya hari ini tidak kesampaian apabila dikecewakan jaringan penalti saat akhir Penang FC yang disudahkan Rafael Vitor sekali gus mengakhiri perlawanan dengan keputusan seri 1-1.

Namun disebalik keputusan seri tersebut, penyokong Terengganu dilihat tidak bersetuju dengan tindakan penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim yang melakukan kekasaran ke atas pemain Penang yang menyebabkan sepakan penalti dihadiahkan.

Rahadiazli dilihat telah keluar jauh dari gawang golnya dan dilihat cuba mengeluarkan bola namun ianya tidak seperti yang dirancang apabila cubaan beliau mengeluarkan bola menyebabkan kekasaran ke atas pemain Penang.

Advertisements

Dalam satu ciapan di laman X Bola Sepak Terengganu yang merupakan penyokong Sang Penyu, mereka seolah-olah tidak dapat menerima tindakan yang dilakukan Rahadiazli sehingga menafikan tiga mata buat Terengganu.

“Bola hantaran tak bahaya. Jauh dari gawang dan tiada tekanan. Penuh pemain TFC yang cover. Daripada jauh dia berlari, melompat dan langgar pemain Penang, bukan (dapatkan) bola,” coret Bola Sepak Terengganu di laman X.

Tinjauan di ruangan komen, rata-rata penyokong juga turut tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan Rahadiazli. Mungkin ianya akan menjadi pengajaran buat penjaga gol tinggi lampai itu untuk beraksi lebih baik pada masa akan datang.

Advertisements

Rahadiazli telah diturunkan sebanyak 9 kali buat Terengganu musim ini dan telah dibolosi sebanyak 14 gol. Musim ini juga memperlihatkan Suhaimi Husin menjadi pilihan utama pengendali Terengganu, Tomislav Steinbruckner untuk menjaga gawang pasukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram