Ads
Dunia
DailyMail

Kelab gergasi Jerman, Bayern Munich seperti biasa dengan amalan meraikan tradisi mereka bersama sebuah syarikat ‘bir’ dengan memegang gelas arak dalam satu sesi gambar satu pasukan. 

Advertisements

Dalam sesi penggambaran tersebut, dua bintang Bayern Munich curi perhatian peminat iaitu Sadio Mane dan Noussair Mazraoui yang memilih untuk tidak memegang gelas minuman keras dan hanya mengukir senyuman sahaja dalam gambar tersebut. 

Advertisements

Tindakan dua pemain tersebut dipuji oleh peminat kerana keteguhan mereka berpegang kepada prinsip seorang muslim tidak kira apa situasi sekalipun. 

Advertisements

Advertisements

Meskipun kelab gergasi yang meraikan budaya tersebut hampir setiap musim, mereka tetap menghormati budaya setiap pemain mereka.

Budaya yang diterapkan oleh kelab ini wajar menjadi contoh kepada kelab bola sepak yang lain kerana tidak kira besar mana pun kelab itu, pegangan agama setiap pemain wajib dihormati.

Advertisements
Advertisements

Sadio Mane melengkapkan perpindahannya ke Bayern Munich dengan kontrak sehingga 2025 dan juga Noussair Mazraoui yang juga pemain terbaharu kelab gergasi Jerman itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram