Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Bekas jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora menunjukkan persefahaman dan hubungan persahabatan yang kekal utuh bersama Pemangku Raja Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Idris.

Walau bagaimanapun, menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh kedua-dua individu tersebut telah menimbulkan pelbagai tanda tanya oleh para penyokong.

Ini dikuatkan lagi dengan kenyataan (caption) hantaran tersebut yang telah mengundang seribu satu persoalan.

Advertisements

Pada awalnya, TMJ memuat naik satu hantaran yang memaparkan bahawa beliau sedang berhubung secara dalam talian bersama Mora.

Sungguhpun pelbagai spekulasi melanda kem JDT terutamanya tindakan pengunduran jurulatih kelahiran Mexico ini dianggap berlaku secara mengejut, namun tiada siapa yang mengetahui perkara sebenar melainkan dua individu ini.

Hakikatnya, beliau dan TMJ dilihat sedang rancak berbual dan bergelak ketawa sekaligus menambahkan lagi ‘rencah’ dalam senario ini.

Advertisements

Hantaran ini disusuli dengan ayat oleh TMJ yang berbunyi, “Tiada tekanan lagi Cabron Haha.”

Selang beberapa jam, jurulatih berusia 43 tahun ini memuat naik semula hantaran tersebut di Instagram Storynya sambil berbalas ucapan.

Mora membalas kata-kata TMJ itu dengan nada yang agak santai tetapi penuh makna.

Advertisements

“Now you just win baby (Kini kamu hanya perlu menang),” jelasnya beserta emoji gelak tawa.

Ini sekaligus mencetuskan lebih banyak lagi andaian dan kemungkinan tentang situasi sebenar tatkala saingan Liga Super sedang berada di pertengahan musim.

Tambahan pula, JDT kini dalam kedudukan terbaik di pentas ACL apabila bakal bertemu juara dua kali ACL, Urawa Red Diamonds pada pusingan kalah mati.

Advertisements

Senario ini dilihat bakal terus diperkatakan sungguhpun JDT sudah pun mengumumkan bahawa Hector Bidoglio akan menggantikan Mora sebagai ketua jurulatih baharu pasukan.

Mora JDT TMJ & Benjamin Mora 'Gelak Besar'
Misterbenjaminmora
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram