TMJ Buka Mulut Tentang Kekalahan JDT Kepada Ulsan Hyundai
ACL
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) memberi jawapan positif mengenai kekalahan pasukannya di tangan juara K League 1, Ulsan Hyundai.

Pasukan bimbingan Tano Solari tewas dengan keputusan 3-1 namun kekal mempamerkan persembahan cemerlang dalam tiga aksi di Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Bercakap dalam sesi audio siar di Keluar Sekejap, DYAM TMJ yakin JDT kini merupakan kelab terbaik di Asia Tenggara namun masih perlu bekerja keras untuk menyaingi kekuatan jaguh Asia seperti Jepun dan Korea.

Advertisements

“Bercakap dari segi nilai komersial, infrastruktur dan juga kemudahan, saya rasa JDT adalah yang terbaik di Asia Tenggara.”

“Bersaing dengan kuasa besar seperti Jepun, Korea dan Timur Tengah, saya rasa ia perlukan masa. Tahap kami belum di situ lagi. Mereka telah memulakan projek berpuluh tahun lalu. Dari segi akar umbi, profesionalisme, diet dan lain-lain, kami belum mencapai tahap mereka.”

Baginda juga berpuas hati dengan momentum pasukannya di Asia sungguhpun mengetahui cabaran pasukannya begitu sengit.

Advertisements

“Haritu ramai yang kecewa apabila JDT tewas kepada pasuka Korea (Ulsan Hyundai). Saya pergi ke sana dengan hati yang terbuka. Saya percaya kami akan berjuang sehabis mungkin tetapi harapan saya tidak terlalu tinggi.”

Sasaran JDT juga adalah untuk kekal bersaing di ACL setiap tahun dan berada sebaris dengan barisan kelab gergasi Asia yang lain.

JDT juga memberikan saingan terbaik kepada Kawasaki Frontale sungguhpun tewas dengan keputusan 1-0.

Advertisements

Skuad Harimau Selatan akan melayan kunjungan Ulsan Hyundai pada 7 November 2023 di Stadium Sultan Ibrahim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram