Advertisement
TMJ Jadi Panduan Berharga Dato’ Seri Vida Urus Kelantan FC
Liga Super
MakanBola
Hrhcrownprinceofjohor & Dato’ Seri Vida

Usahawan kosmetik terkemuka Malaysia, Dato’ Seri Hasmiza Othman sedia bertentang mata dengan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sekiranya berpeluang menjadi pemilik baharu Kelantan FC.

Persaingan antara dua penjuru melibatkan Dato’ Seri Vida dan juga sebuah lagi entiti perniagaan yang dikenali sebagai Erfan Gym & Fitness dalam usaha mengambil alih TRW Kelantan FC dari Zamsaham.

Sungguhpun masih belum mencapai sebarang kata putus, beliau optimis untuk terus berusaha bagi mendapatkan pemilikan Kelantan dan sedang berunding dengan pemilik kelab sehingga kini.

“Saya kekal dengan keputusan untuk mengambil alih Kelantan dan segala rundingan masih lagi berjalan.”

“Doakan yang terbaik buat saya dan Kelantan. Hal ini kerana, TRW ‘jiwa’ rakyat Kelantan.”

Malah, Dato Seri Vida yakin ilmu yang dimiliki oleh TMJ amat berharga untuk diperoleh dan sedia menuntut dengan baginda melihat kepada kejayaan yang dikecapi oleh JDT setakat ini.

Langkah itu juga merupakan antara salah usaha bagi persiapan rapi selain memperoleh ilmu yang mencukupi sebelum mengambil alih Kelantan FC.

“Saya harap Baginda (TMJ) sudi berkongsi ilmu berkait dengan pengurusan pasukan bola sepak. Kejayaan TMJ membangunkan pasukan JDT wajar dijadikan sebagai contoh buat saya selaku orang baharu dalam bola sepak.”

“Sebelum ini saya hanya penaja dan situasi itu pastinya berbeza apabila menjadi pemilik pasukan,” katanya ketika ditemui media mulia.

Setakat ini, masih belum ada kata putus berkenaan penjualan Kelantan FC oleh Zamsaham sungguhpun keadaan pasukan kelihatan masih terumbang-ambing.