TMJ: Lalat Tidak Akan Pernah Faham Bahawa Madu Lebih Lazat Daripada Najis
Blog
Advertisements

Tatkala saingan Liga Super musim 2021 berselang beberapa hari setelah perlawanan minggu ke-17 berlangsung, pasukan tangga teratas, Johor Darul Ta’zim bakal melayan kunjungan pasukan Sabah FC pada Ahad ini di Stadium Sultan Ibrahim pada jam 9 malam.

Terbaru, lama rasmi Johor Darul Ta’zim ada mengeluarkan satu kenyataan mengenai dua pemain muda sensasi mereka iaitu Ramadhan Saifullah dan juga Arif Aiman Hanapi. Trivia berkaitan dua pemain muda tersebut menunjukkan bahawa sejak kali pertama melakukan debut bersama Harimau Selatan, mereka berdua telah berjaya melakukan 25 penampilan di bawah kendalian Benjamin Mora.

Sepanjang tempoh tersebut, kedua-dua pemain ini telah berjaya memenangi satu kejuaraan Liga Super, satu Piala Malaysia dan juga dua kejohanan domestik. Hal ini pastinya menjadi satu motivasi penting untuk meningkatkan semangat bagi membentuk kualiti dalam diri mereka seperti yang ditekankan oleh Lim Teong Kim dalam satu temubual bersama The Bola Bola Show.

Advertisements

Namun begitu, ada satu perkara yang menjadi tumpuan iaitu berkaitan dengan komen pemilik JDT, Tunku Ismail pada paparan tersebut. Beliau menekankan kenyataan tegas berkaitan bagaimana hanya orang yang benar-benar faham dapat menilai sesuatu perkara dengan baik. Ini juga berkaitan dengan penilaian tentang perkembangan pemain-pemain muda di setiap kelab termasuklah yang sering digembar-gemburkan oleh media.

“Muda-muda dah ada kejuaraan. Kalau nak banggakan pun sekurang-kurangnya ada piala dan pencapaian.”

“Ini belum ada apa-apa lagi dah angkat setinggi langit. 5 tahun bunyi saja, habuk pun tak ada.”

Advertisements

Kenyataan tersebut boleh difahami untuk merujuk kepada sesetengah kelab atau pemain yang diangkat secara berlebihan tanpa menilai pencapaian dan juga prestasi yang ditunjukkan di peringkat kelab. Malah, sesetengah pemain juga tidak lagi diuji di pentas tertinggi seperti JDT yang beraksi di saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

“Walau berapa banyak kali lebah cuba menerangkan kepada lalat bahawa madu lebih sedap berbanding najis, lalat tidak akan faham.”

Pengalaman dan pendedahan yang dimiliki oleh Ramadan dan Aiman pastinya amat berharga dalam usaha membantu JDT untuk terus melebarkan sayap bagi 4-5 musim akan datang tatkala usia mereka masih muda di samping bergandingan dengan pemain-pemain berpengalaman di JDT untuk mempersiapkan mereka bagi menghadapi cabaran yang lebih besar pada masa hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram