TMJ ‘Terpukau’ Saksikan Gol Arif Aiman
ACL
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemilik kelab JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), kagum dengan jaringan yang dihasilkan oleh pemain muda, Arif Aiman Hanapi ketika aksi berdepan BG Pathum United malam tadi.

Menerusi klip video yang dimuatnaik oleh Astro Arena, TMJ dilihat berdiri dan menepuk tangan dari tempat duduk penonton bagi meraikan jaringan pemain muda berbakat itu.

Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia 2022 itu mendapat perhatian TMJ selepas jaringannya secara gerakan solo dari kanan gawang gol BG Pathum berjaya menewaskan penjaga gol, Chatchai Budprom.

Advertisements

Reaksi spontan TMJ itu seakan kagum dengan aksi pemain berusia 21 tahun itu yang berjaya menjaringkan gol keempat pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang juga gol ketiganya secara peribadi dalam saingan ACL.

Pada perlawanan tersebut, JDT berjaya menewaskan BG Pathum United dengan keputusan 4-1 hasil dua jaringan dari Bergson Da Silva, Arif Aiman dan Endrick Dos Santos masing-masing menjaringkan satu gol manakala jaringan tunggal wakil Thailand itu disumbangkan Igor Sergeev.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram