Advertisement
Tomislav Steinbruckner Buntu Terengganu Bolos Cara Sama Lagi
Liga Super
MakanBola
Terengganu FC

Pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mengakui tiada jawapan tentang gol saat akhir Sri Pahang yang menyaksikan Terengganu terlepas peluang meraih tiga mata berharga.

Tandukan Stefano Bruno pada minit ke-95 menjadikan kedudukan seri 1-1 sekaligus memaksa anak buah Tomislav Steinbruckner untuk berkongsi satu mata di gelanggang sendiri.

Tomislav Steinbruckner mengakui sedikit kecewa kerana terlepas peluang meraih kemenangan tetapi beliau memuji anak buahnya yang memberikan aksi sepenuh tenaga ketika melawan Sri Pahang.

“Satu mata untuk Terengganu, kami sedikit kecewa kerana bolos minit akhir melalui sepakan sudut tetapi saya tak boleh mengeluh kerana pemain Terengganu telah memberikan 100%.

“Kami bolos cara sama seperti perlawanan lalu (menentang Selangor), bola sepakan sudut menuju ke kawasan 5 meter dari gawang gol. Ramai pemain berada di situ dan kami terlalu perlahan.

“Saya tak tahu bagaimana mahu selesaikan masalah ini kerana kami telah berlatih dalam banyak aspek tetapi ini tentang fokus dan saya tak tahu mahu berkata apa lagi.” ujar Tomislav Steinbruckner.

Terengganu kini menduduki tangga ke-3 Liga Super dengan mengumpul 15 mata hasil 4 kemenangan, 3 seri dan 1 kekalahan dalam 8 perlawanan liga.

Skuad Sang Penyu seterusnya akan menentang cabaran Sabah pada 15 September kelak bagi aksi Liga Super namun kini fokus Terengganu tertumpu kepada Asean Club Championship yang dijadualkan bermula 21 Ogos ini melawan Svay Rieng FC.