Ads
Liga Super
Terengganu FC

Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner berpuas hati dengan pencapaian Terengganu untuk musim ini.

Advertisements

“Kami menamatkan musim Liga Super ditangga ke-6 liga, ini bukan apa yang kami mahu namun kami bermain hingga separuh akhir Piala FA, akhir Piala Malaysia dan menamatkan saingan kumpulan Piala AFC tanpa rekod kalah.”

Advertisements

“Secara keseluruhan ini musim yang bagus walaupun tidak sempurna. Saya berpuas hati memandangkan ini musim pertama saya bersama pemain-pemain muda dan pemain baharu.” jelasnya.

Advertisements

Advertisements

Jurulatih Terengganu itu juga mahu Terengganu tampil lebih bagus pada musim hadapan dengan beberapa perubahan akan dilakukannya.

“Kita memandang ke hadapan dan cuba untuk memperbaiki beberapa posisi. Kami akan kekalkan beberapa pemain dan cuba mendapatkan pemain baharu.”

Advertisements

“Matlamat kami untuk musim hadapan adalah kami mahu tampil lebih bagus daripada musim ini.”

“Selaku jurulatih saya sudah ada idea dan perlu buat keputusan tentang pemain dan taktik pasukan.” ujar jurulatih itu.

“Saya tidak mahu membincangkan nama-nama pemain baharu lagi kerana kami baru menamatkan musim dan saya baharu melanjutkan kontrak bersama Terengganu.”

“Saya sudah dapatkan beberapa pemain baharu dan perpindahan secara pinjaman Safawi Rasid semakin hampir namun saya tidak mahu bercakap sebelum pengurusan melakukan pengumuman rasmi.” katanya lagi.

Advertisements

Terengganu menamatkan saingan liga ditangga ke-6 dan berjaya menutup tirai liga dengan kemenangan bergaya 3-0 ke atas Perak di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram