Ads
Tonggak Badminton Malaysia Jadi Mangsa Penipuan, Simpanan Lesap Sekelip Mata
UltraSukan
BA Malaysia

Pemain beregu campuran Malaysia, Lai Pei Jing ditimpa malang apabila menjadi mangsa penipuan.

Advertisements

Perkara ini didedahkan sendiri pemain berusia 31 tahun itu di media sosial pada Ahad lepas. Atas sebab itu, Pei Jing meminta diberi ruang untuk menguruskan emosi yang muncul ketika ini.

Advertisements

“Pertama sekali, kepada saudara-mara dan rakan-rakan yang melihat hantaran ini, sama ada anda ingin tahu atau bimbang, tolong beri ruang privasi kepada saya dan keluarga untuk mengurus emosi kami.

Advertisements
Advertisements

“Beri kami masa untuk memproses apa yang berlaku terutama ibu saya. Terima kasih. Ya, saya telah kehilangan sebahagian besar simpanan saya kepada sekumpulan penipu.

“Sejujurnya, ini satu tamparan hebat kepada saya. (Kerana) ia simpanan saya hasil titik peluh selama bertahun-tahun.

Advertisements

“Ia memerlukan keberanian yang besar untuk bercakap tentang menjadi mangsa penipuan kerana siapa yang mahu bercerita kepada orang bahawa mereka telah ditipu, kan?

“Apabila keadaan jadi lebih baik, saya akan berkongsi lebih lanjut tentang hal ini. Saya berharap dapat menghalang lebih ramai mangsa dan memaksa diri saya untuk menerima hakikat bahawa saya telah ditipu,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Pei Jing membentuk gandingan regu campuran ke-23 dunia bersama Tan Kian Meng. Regu itu baru saja menyertai Singapore Open 2024 yang berlangsung pada minggu lepas.

Pei Jing dan Kian Meng tersingkir di pusingan kedua apabila tewas kepada regu Belanda, Robin Tabeling dan Selena Piek dengan keputusan 18-21, 21-18, 10-21.

Advertisements

Berita ini mengakibatkan ketidakpastian tentang status penyertaan mereka dalam Indonesia Open 2024. Mengikut jadual pertandingan, Kian Meng-Pei Jing bakal turun menentang regu Algeria, Koceila Mammeri-Tanina Violette Mammeri dalam pusingan pertama yang bermula esok.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram