Tonton Siaran Langsung Aksi JDT vs Buriram United
MakanBola
Johor Southern Tigers

Aksi pembukaan kempen AFC Champions League Elite (ACLE) menyaksikan wakil tunggal Malaysia, Johor Darul Ta’zim – JDT vs Buriram United.

Pasukan kendalian Xisco Munoz turun dengan momentum terbaik selepas menang kesemua lima perlawanan terakhir, termasuklah kejayaan menundukkan Negeri Sembilan FC dengan keputusan 3-0, baru-baru ini.

Skuad Harimau Selatan dalam misi memburu tiga mata penting dengan barisan pemain terbaik dikesan menjalani sesi latihan terakhir menjelang pertemuan epik di Asia Tenggara, malam Selasa.

Sementara itu, Buriram United kendalian Mario Silva berada dalam situasi kurang baik terutamanya selepas merekodkan keputusan seri 1-1 bertemu Chiangrai United di laman sendiri pada 11 September yang lalu.

Siaran langsung perlawanan antara JDT vs Buriram United disiarkan di Astro Arena Bola, dengan kelebihan beraksi di laman sendiri menjadi tonik terbaik buat JDT memperbaiki rekod bertemu wakil Thailand itu.

Rekod pertemuan terdahulu menyaksikan JDT hanya menang sekali ke atas Buriram United pada Mei 2025 dalam aksi Shopee Cup sementara tewas empat kali dan seri satu kali.

Aksi antara JDT vs Buriram United dijadual berlangsung pada Selasa, 15 September 2026 jam 8.15 malam, waktu Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.