Advertising
Toru Oniki Bangga Menang Besar Ke Atas JDT
MakanBola
AFC

Jaguh Jepun, Kawasaki Frontale menyerlah belang mereka yang sebenar dalam saingan Liga Juara-Juara AFC apabila berjaya menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan 5-0 dalam aksi di Stadium Olahraga Todoroki semalam.

Mengulas mengenai kemenangan tersebut, Jurulatih Kawasaki Frontale, Toru Oniki bangga dengan para pemainnya yang beraksi dengan cemerlang serta berjaya mencetak banyak gol.

“Saya fikir kita telah bermain dengan penuh semangat dan saya gembira kita berjaya menjaringkan banyak gol dalam perlawanan ini.

Ad

“Saya fikir ini bagus untuk kita (layak) walau di mana saja kita berada. Saya fikir ini akan beri kesukaran kepada kita dari segi jadual jika kita tidak layak (ke pusingan 16 terbaik), saya gembira itu dapat dilakukan.” jelas Toru Oniki yang memegang jawatan jurulatih gergasi Jepun itu dari tahun 2017 lagi.

Ad

Lima gol Kawasaki Frontale semalam telah dijaringkan oleh lima pemain berbeza iaitu Akihiro Ienaga pada babak pertama manakala Leandro Damiao, Marcinho, Yu Kobayashi dan Miki Yamane meledak pada separuh masa kedua.

Ad
Ad

Biarpun pasukan itu gagal memberi saingan sengit dalam saingan Liga J1 Jepun apabila menduduki tangga ke-9 musim ini, namun kemaraan Kawasaki Frontale ke pusingan 16 terakhir jelas mengubati kekecewaan penyokong mereka.

Ad

Manakala buat JDT, hasrat mereka untuk layak ke pusingan 16 terakhir menemui kegagalan apabila menghuni tangga ketiga Kumpulan I Liga Juara-Juara AFC. Ini bermakna, perlawanan terakhir mereka bertemu BG Pathum United merupakan pelengkap jadual mereka di pentas asia.