Advertising
Toru Oniki: Tunjuk Aksi Terbaik & Sempurnakan Misi Berdepan JDT
ACL
MakanBola
Azri/Makanbola

Ketua jurulatih pasukan Kawasaki Frontale, Toru Oniki mahu anak buahnya menyempurnakan misi berdepan wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Jaguh Jepun itu hanya mencatatkan kemenangan tipis ketika berdepan Harimau Selatan di Stadium Sultan Ibrahim tempoh hari sambil memberitahu bahawa lawannya itu sudah bertambah baik.

Asakan yang diberikan oleh anak buah Tano Solari disifatkan berbahaya sehingga pasukannya terpaksa beraksi secara bertahan.

Ad

Beliau bagaimanapun mahu memberikan yang terbaik apabila beraksi di laman sendiri untuk mara ke pusingan berikutnya.

Ad

“Saya gembira kerana mewujudkan situasi di mana kita dapat melayakkan diri (ke pusingan seterusnya) dengan prestasi empat kemenangan.”

Ad
Ad

“Esok merupakan perlawanan terakhir kita di tempat sendiri (dalam semua perlawanan rasmi Frontale). Kita akan tunjukkan permainan yang bagus dan menyempurnakan misi kita,” jelasnya.

Ad

Toru Oniki akan membawa pasukannya berdepan JDT pada 28 November 2023 di laman sendiri jam 6 petang.