Tottenham ‘Rampas’ Sasaran Bayern Munich Saat Akhir
Transfer
Genoa CFC
Advertisements

Pasukan Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur dikatakan dapat menyambar pemain sasaran Bayern Munich iaitu pemain Genoa, Radu Dragusin pada saat akhir.

Radu Dragusin merupakan pemain pertahanan tengah Genoa yang merupakan kelab dari Serie A Itali. Pemain kelahiran Romania itu baru sahaja menyertai Genoa dari Juventus dengan nilai perpindahan 5.5 juta pound pada Julai lalu.

Biarpun mempunyai baki kontrak sehingga Jun 2027, minat yang mendalam dari kelab-kelab gergasi eropah tidak mampu ditolak Genoa dan terpaksa merelakan pemergian Dragusin.

Advertisements

Agen kepada Dragusin turut tidak mempercayai bagaimana Dragusin memilih Spurs berbanding Bayern Munich yang merupakan kelab terbesar di Jerman.

“Kami tidak percaya kami menolak Bayern. Radu telah memberikan kata-katanya kepada Spurs dan kami memilih untuk menghormatinya. Kami semua masih agak kecewa” jelas agen tersebut.

Dengan terlepasnya Dragusin kepada Spurs, Bayern kini sedang dalam usaha mendapatkan pemain pertahanan Spurs, Eric Dier untuk memperkuatkan pasukan pada jendela perpindahan Januari ini.

Advertisements

Untuk rekod, Radu Dragusin merupakan pemain kedua yang dibawa masuk oleh Spurs pada jendela perpindahan Januari ini selepas Timo Werner sah beraksi buat mereka dengan status pinjaman.

Spurs kini berada di tangga kelima EPL dengan mengumpul 39 mata selepas 20 perlawanan yang dilalui. Spurs masih mampu memperbaiki kedudukan apabila jurang mata yang sedikit dengan empat lagi pasukan di atas mereka.

Spurs kini sedikit tempang apabila kapten, Son Heung-min tidak bersama pasukan selepas pemain itu kini berada di Qatar bersama pasukan kebangsaan Korea Selatan bagi kempen Piala Asia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram