Trio Afrika Gagal Bantu Terengganu Atasi Cabaran Melaka United
Liga Super
Advertisements

Terengganu FC terus diberikan tekanan oleh pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di takhta liga susulan gagal mencatatkan kemenangan menentang Melaka United di Stadium Hang Jebat apabila tewas 2-0 malam tadi.

Pasukan kendalian Nafuzi Zain itu turun dengan barisan utamanya sambil mempertaruhkan 3 pemain import untuk menggerakkan jentera tengah pasukan itu. Melaka United juga di bawah percaturan Zainal Abidin Hassan turut menurunkan barisan terbaiknya untuk memberi laluan sukar kepada lawan dengan mempertaruhkan 3 pemain import di bahagian serangan.

Kemenangan bermakna itu memberi kelegaan kepada barisan kejurulatihan dan juga para penyokong pasukan kendalian Zainal Abidin Hassan itu setelah mempamerkan aksi yang cukup berintensiti tinggi apabila kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan demi serangan dalam usaha menembusi gawang yang dikawal rapi oleh barisan pertahanan kedua-dua pasukan.

Advertisements

Melaka United bermula dengan garang apabila berjaya mengatur serangan menerusi gandingan penyerang importnya iaitu Sony Norde, Giovane dan juga Adriano apabila beberapa percubaan berjaya termasuk satu sepakan percuma berjaya dilakukan ke arah Suhaimi yang mengawal pintu gol pasukan Terengganu.

Namun begitu, pasukan tuan rumah berjaya menjaringkan gol pendahuluan apabila gerakan solo pemain import lincah Melaka United, Sony Norde dari bahagian kiri padang berjaya melepasi kawalan Azam Azmi dan melepaskan rembatan untuk meletakkan Melaka di depan sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Melaka United dilihat lebih selesa berada dalam kawasan sendiri apabila banyak memberi ruang untuk pasukan Terengganu melancarkan serangan yang sesekali menguji keupayaan Khairul Fahmi Che Mat.

Advertisements

Peluang terbaik Melaka United untuk menggandakan jaringan hadir apabila hantaran lintang berjaya mengkucar-kacirkan barisan pertahanan Terengganu apabila Sony Norde berjaya melepaskan satu rembatan deras namun berjaya ditempis keluar.

Gol kedua Melaka United hadir menerusi rembatan jarak dekat Adriano apabila gerakan bersama Giovane gagal disekat oleh barisan pertahanan pasukan lawan lalu berjaya melepaskan satu rembatan untuk menggandakan kelebihan buat tuan rumah.

Aksi trio tengah Terengganu iaitu Makan Konate, Habib Haroon dan juga Dechi Marcell dilihat sedikit tenggelam apabila gagal memperagakan aksi yang baik seperti ketika bertemu Perak tempoh hari. Kebanyakan hantaran dan larian yang dilakukan berjaya dibaca oleh pemain lawan menyebabkan serangan yanh dilakukan oleh skuad Nafuzi Zain dilihat kurang efektif.

Advertisements

Terengganu mempunyai tugas sukar untuk bangkit daripada kekalahan ini apabila bertemu pasukan Sabah pada perlawanan berikutnya dalam usaha mengurangkan jurang dengan pasukan JDT.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram