Pemain bintang Muangthong United, Tristan Do mengakui pasukan Selangor memiliki ramai pemain yang berkualiti menjelang aksi kelima ACL2 bagi kumpulan H.
Muangthong United bakal berkunjung ke Stadium MBPJ bagi aksi menentang Selangor pada pukul 8 malam esok.
Tristan Do beranggapan perlawanan menentang Selangor amat penting untuk terus menghidupkan peluang Muangthong United ke peringkat kalah mati.
“Kali ini, kita mesti menang walau apa cara sekalipun. Jika kita gagal untuk menang, perlawanan terakhir menentang Chonbuk (Hyundai Motors) sudah tidak bermakna. Jadi kita perlu bersatu untuk meraih 3 mat
“Kalau tanya siapa yang perlu berhati-hati, saya rasa ianya mustahil kerana Selangor penuh dengan pemain berkualiti, jadi kita tidak fokus kepada sesiapa.
“Kami fokus kepada diri sendiri untuk melakukan yang terbaik, fokus kepada permainan sebanyak mungkin.” jelas Tristan Do.
Muangthong United kini menghuni tangga ketiga kumpulan H dengan mengumpul 5 mata manakala Selangor berada ditangga kedua dengan mengumpul 7 mata setelah mengharungi 4 perlawanan.
Jeonbuk Hyundai berada kedudukan pertama dengan mengumpul 9 mata daripada 4 perlawanan dan hanya tewas sekali kepada Selangor dengan jaringan 2-1 pada aksi 23 Oktober lalu.
Pemain pertahanan, Tristan Do bakal menjadi pemain tumpuan menjelang aksi bertemu Selangor kelak setelah diturunkan dalam kesemua 4 perlawanan ACL2 dan telah menyumbang 2 bantuan jaringan.