Tular Perbualan Panjang Faisal Halim & Son Heung-min, Dominic Tahan ‘Sebak’
Harimau Malaya
FA Korea
Advertisements

Aksi antara pasukan Malaysia dan Korea Selatan semalam tertumpu kepada kelibat dua watak penting perlawanan, Faisal Halim dan Son Heung-min yang dikesan berbual panjang.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Al-Janoub, Qatar itu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 3-3 hasil kebangkitan dramatik Harimau Malaya.

Keadaan itu bagaimanapun dihiasi dengan perbualan panjang oleh Faisal dan Son ketika situasi tegang melanda kedua-dua pasukan.

Advertisements

Dua pemain ini dilihat berbincang panjang namun perbezaan bahasa sudah tentu menjadikan perbualan ini sedikit mengambil masa.

Menerusi klip yang tular di media sosial, kelihatan ayam tambatan Harimau Malaya itu cuba menjelaskan situasi sebenar tatkala skuad negara dihadiahkan sepakan penalti oleh lawan.

Pemain Tottenham Hotspurs itu kelihatan bingung dengan situasi tersebut lalu ditenangkan oleh Faisal.

Advertisements

Lensa kamera juga sempat merakam kelibat pertahanan negara, Dominic Tan yang kelihatan menahan tawa melihat keadaan tersebut.

Son berjaya menjaringkan satu gol menerusi sepakan penalti sementara jaringan Faisal menjadi kunci kebangkitan Harimau Malaya di Qatar untuk mengikat pasukan ke-25 dunia itu.

Malaysia berjaya meraih tambahan +12.29 mata FIFA untuk melonjak ke kedudukan 132 dunia.

Advertisements

Video: Son Heung-min & Faisal Halim berbual

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram