Tular Tindakan Kelab Chile Zahir Sokongan Hebat Kepada Palestin
Inspirasi
0201 Official
Advertisements

Perlawanan yang berlangsung di Liga Chile mencuri tumpuan apabila dua pasukan yang bertarung menzahirkan sokongan padu kepada Palestin.

Aksi antara pasukan Palestino dan juga Ñublense berkesudahan dengan seri 1-1 namun tumpuan terarah kepada sokongan yang dilakukan oleh para pemain terhadap nasib yang melanda bumi Gaza ketika ini.

Felipe Chamorro menjaringkan gol pembukaan perlawanan kepada Palestino sebelum jaringan saat akhir oleh pemain Ñublense, Nicolás Zalazar pada masa kecederaan menyelamatkan pasukan.

Advertisements

Menerusi perkongsian oleh media Eropah, tindakan tersebut mendapat sokongan padu daripada para penyokong di stadium.

Kelab ini diasaskan pada tahun 1920 sesuai dengan negara asal pendirinya iaitu Palestin mengikut penyebutan tempatan dan kini bermain di divisyen satu Chile.

Para pemain juga membawa skaf Palestin semasa perarakan masuk ke padang sebagai tanda sokongan penuh kepada Palestin.

Advertisements

Sebelum ini, beberapa bintang dunia juga telah menzahirkan sokongan padu kepada Palestin sehingga ada yang ditamatkan kontraknya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram