Advertising
Tunku Ismail: Jika Nanti Malaysia Tidak Mahu, JDT Sedia Menerima
MakanBola
Johor Southern Tigers

DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor ternyata kagum dengan pengalaman hebat yang dimiliki oleh Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) pasukan kebangsaan Malaysia, Rob Friend.

Rob Friend baru sahaja diumumkan sebagai CEO pasukan kebangsaan menerusi satu kenyataan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan menjadi peneraju projek revolusi Harimau Malaya.

Dengan pelantikan Robert Friend ini, bekas tonggak utama Kanada ini berperanan untuk menguruskan perancangan dan program terbaik buat pasukan senior dan B-23 kebangsaan nanti.

Ad

Pelantikan Friend ini juga merupakan salah satu usaha DYAM Tunku Ismail untuk merevolusikan pasukan Harimau Malaya selain membawa Peter Cklamovski dan Nafuzi Zain sebagai jurulatih.

Ad

Menurut DYAM Tunku Ismail, melantik Friend yang memiliki wang, kelayakan, rangkaian dan pengetahuan dalam dunia bola sepak adalah satu keputusan yang amat tepat.

“Keputusan terbaik melantik seorang jutawan yang cukup berkelayakan dengan pengetahuan bola sepak yang bagus, miliki kenalan dalam dunia bola sepak dan sangat mencintai sukan ini,” ujar DYAM Tunku Ismail.

Ad
Ad

Tambah Baginda, dengan portfolio hebat yang dimiliki oleh Friend ini, JDT bersedia untuk menerima kedatangan beliau sekiranya pasukan kebangsaan sudah tidak berminat suatu hari nanti.

Ad

“Dengan kelayakan sebegini, jika satu hari nanti Malaysia tidak mahukan lagi khidmatnya, JDT (Johor Darul Ta’zim) sedia mengalu-alukan beliau dengan tangan terbuka,” ujar Baginda di laman Instagram.

Friend sememangnya memiliki pengalaman yang luas dalam dunia bola sepak dan korporat dengan bergelar Presiden dan pengasas bersama Vancouver FC, Canadian Premier League serta lain-lain.