Tunku Ismail Puji Tindakan Kerteh FC Jana Pendapatan Sendiri
Dunia
Kerteh FC/ hrhcrownprinceofjohor
Advertisements

Kelab Bola Sepak Kerteh hari ini telah melancarkan produk terbaharu kelab iaitu beras Premium Super Import Cap Buah-buaham. Perkara ini telah dikongsikan mereka di laman rasmi media sosial Kerteh FC.

Kerteh FC juga mengumumkan Yacob Tahir Enterprise Sdn Bhd sebagai rakan strategik mereka sebagai usaha sama pasukan memasarkan beras Kerteh FC. Logo rasmi Kerteh FC yang ditampal pada bungkusan beras sekaligus menaikkan seri beras tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Yacob Tahir Enterprise Sdn Bhd, Mohamad Adam Suffian Yacob percaya dan yakin bahawa Kerteh FC merupakan sebuah kelab yang mampu memberi nilai tambah buat syarikatnya. Menurutnya, kerjasama yang dilakukan ini bakal membawa jenama beras syarikatnya ke pasaran yang lebih luas.

Advertisements

“Pihak kami merasa yakin dengan kekuatan jenama Kerteh FC yang merupakan sebuah kelab yang sedang membangun serta mempunyai nilai komersial tambahan di pasaran apatah lagi ia adalah antara pasukan bola sepak komuniti yang sedang mencipta nama ketika ini.

“Sebelum ini pasaran beras cap buah-buahan kami hanyalah tertumpu di daerah Setiu, Besut, Bachok dan Pasir Putih sahaja. Dengan kerjasama bersama Kerteh FC ini, ianya dapat menambahkan lagi keyakinan kami bahawa kerjasama ini akan membawa jenama beras kami ke pasaran yang lebih luas capaiannya selepas ini”

Idea bernas pasukan The Oilers ini sekaligus mendapat perhatian daripada pemilik kelab Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Idris. Tunku Ismail Idris dilihat mempamerkan rasa kagum dan teruja dengan produk baru yang dilancarkan Kerteh FC.

Advertisements

Tunku Ismail telah meninggalkan komen “Syabas” dan emoji berbentuk tepuk tangan. Komen tersebut sekaligus menggambarkan Tunku memuji penghasilan produk Kerteh FC tersebut.

Komen Tunku itu telah dibalas Kerteh FC dengan ucapan “Jutaan terima kasih Tunku.”

Dalam pada itu, Kerteh FC turut memaklumkan bahawa bermula hari ini, peminat dan penduduk Kerteh boleh merasai keenakkan Beras Super Premium Cap Buah Buahan di kedai-kedai runcit terpilih sekitar Kerteh, Kemasik dan akan berkembang lebih luas lagi selepas ini di daerah Kemaman dan Dungun.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram