TV Korea Anggap Skuad JDT Sebagai Bayangan Pasukan Harimau Malaya
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) semalam melibatkan pertembungan antara pasukan JDT menentang Ulsan Hyundai boleh dikatakan mendapat perhatian seluruh pelusuk Asia.

Ia menjadi detik yang lebih bersejarah apabila pasukan Harimau Selatan berjaya memperoleh kemenangan bermakna ke atas pendahulu liga Korea itu.

Kecemerlangan skuad kendalian Benjamin Mora untuk memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri nyata menjadi kelebihan untuk terus menampilkan persembahan yang sangat konsisten ketika ini.

Advertisements

Kemenangan 2-1 ke atas bekas juara ACL itu juga sudah pasti mendapat liputan meluas tatkala dua lagi pasukan dari negara tersebut turut tumpas ke atas lawan masing-masing semalam.

Menurut satu kenyataan, media di negara tersebut sudah pun mengetahui mengenai cabaran sengit yang bakal dibawa oleh pasukan Harimau Selatan yang dibarisi pemain bintang dalam negara.

Media di sana menanggap bahawa JDT merupakan sebuah pasukan yang kuat dan sukar untuk ditumpaskan kerana memiliki ramai pemain yang membarisi kesebelasan utama Harimau Malaya.

Advertisements

Hal ini juga menyebabkan mereka sudah serasi dan selesa untuk bergandingan di atas padang sekaligus menyebabkan hasrat Ulsan untuk mengutip tiga mata penuh tidak kesampaian.

Malah, mereka juga sudah sedia maklum mengenai para pemain seperti Safawi Rasid dan menganggap beliau sebagai salah seorang pemain yang mampu meranapkan impian pasukan gergasi Korea itu.

Perkara ini terbukti apabila kemasukan pemain kelahiran Terengganu itu menjadi pencetus kepada gol kedua pasukan yang disempurnakan oleh Bergson Da Silva.

Advertisements

JDT kini mendahului carta kumpulan dengan enam mata selepas mengharungi dua perlawanan dan bakal melayan kunjungan Kawasaki Frontale di Stadium Sultan Ibrahim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram