UAE Bedil Kyrgyzstan
Asia
Kyrgyzstan Kurama
Advertisements

Emeriah Arab Bersatu (UAE) berjaya mencatatkan kemenangan berharga selepas menewaskan Kyrgyzstan dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1.

Perlawanan yang menjadi aksi pemanas badan itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik bagi memburu kemenangan penting.

Aksi yang berlangsung di Stadium Mohammed bin Ziyad menyaksikan anak didik Stefan Tarkovic dibarisi oleh nama-nama seperti Joel Kojo, Kai Merk dan juga kapten pasukan, Tamirlan Kozubaev.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan bermula agak perlahan dengan beberapa serangan balas berjaya direncanakan.

Kecemerlangan baarisan pertahanan UAE dan Kyrgyzstan menafikan setiap peluang terhidang untuk kedua-dua pasukan.

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 0-0.

Advertisements

Bersambung babak kedua, layangan kad kuning kepada pemain sayap Kyrgyzstan, Gulzhigit Alykulov bertukar tragedi selepas beliau menerima kad merah dua minit bersambung babak kedua.

Pasukan ke-98 dunia itu mensia-siakan beberapa peluang terhidang untuk memperoleh gol pertama menentang UAE yang juga merupakan gergasi Timur Tengah

Anak buah Paulo Bento berjaya mencuri peluang pada akhir permainan apabila penyerang sensasi pasukan, Ali Mabkhout menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan.

Advertisements

Perlawanan tamat dengan kemenangan memihak kepada UAE menerusi jaringan tunggal tersebut untuk menewaskan Kyrgyzstan 1-0.

Sebelum ini, anak didik Stefan Tarkovic juga telah tewas kepada Uzbekistan dalam satu aksi persahabatan dengan keputusan 4-1.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram