Advertisement
Uber Cup: Malaysia Akhiri Penantian Kemenangan, Tewaskan Australia
UltraSukan
UltraSukan
BA Malaysia

Kontinjen badminton wanita Malaysia akhirnya berjaya merekodkan kemenangan dalam Uber Cup 2024 apabila menewaskan Australia dalam aksi terakhir Kumpulan B.

Kedua-dua pasukan tersingkir daripada kejohanan selepas masing-masing tewas kepada Taiwan dan Thailand dalam dua aksi awal Kumpulan B.

Justeru, perlawanan hari merupakan peluang terakhir bagi Malaysia dan Australia untuk mengutip mata sulung kejohanan.

Malaysia menurunkan pemain perseorangan ke-32 dunia, Goh Jin Wei sebagai perseorangan pertama. Sementara Australia mempertaruhkan pemain perseorangan ke-93 dunia, Tiffany Ho sebagai lawan beliau.

Jin Wei tampil mantap di gelanggang untuk mengutip mata pertama untuk kontinjen negara. Pemain berusia 23 tahun itu meraih kemenangan dengan keputusan 21-6, 21-12.

Australia kemudiannya bangkit dengan mengutip mata pertama mereka menerusi beregu wanita pertama, Setyana Mapasa-Angela Yu.

Setyana-Angela berdepan cabaran regu wanita pertama negara, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing. Beregu yang menduduki ranking ke-32 dunia itu meraih kemenangan straight set dengan keputusan 21-15, 21-17.

Perseorangan kedua negara, Wong Ling Ching kembali meletakkan Malaysia di hadapan pada kedudukan 2-1.

Ling Ching yang berdepan pemain muda Australia, Sydney Tjonadi meraih kemenangan dengan merekodkan keputusan 21-16, 21-3.

Beregu kedua Malaysia, Ho Lo Ee dan Tan Zhing Yi memastikan Malaysia meraih kemenangan sulung dalam Uber Cup 2024 dengan meraih mata ketiga.

Lo Ee-Zhing Yi berdepan cabaran regu kedua Australia, Kaitlyn Ea dan Gronya Somerville terpaksa bekerja keras sebelum menang dengan keputusan 21-12, 13-21, 21-10.

Selepas ini, perseorangan ketiga Malaysia, Siti Zulaikha Azmi bakal turun menentang perseorangan ketiga Australia, Isabella Yan.

Siti Zulaikha membantu Malaysia meraih mata keempat perlawanan dengan kemenangan straight set 21-10, 21-10 dengan tempoh perlawanan selama 24 minit.

Ini sudah cukup untuk Malaysia menutup kempen Uber Cup 2024 dengan kemenangan 4-1 ke atas Australia.