Uber Cup: Taiwan Sekat Tentangan Hebat Malaysia
UltraSukan
BA Malaysia
Advertisements

Malaysia membuka kempen Uber Cup 2024 dengan langkah kiri apabila terpaksa akur dengan kehebatan Taiwan dalam aksi pertama Kumpulan B.

Dengan majoriti ahli kontinjen terdiri daripada pemain muda, Malaysia dilabel pasukan bukan pilihan jika dibandingkan dengan Taiwan.

Pada masa sama, label ini turut memberi kelebihan kepada skuad negara kerana dapat beraksi tanpa sebarang tekanan.

Advertisements

Goh Jin Wei membuka cabaran negara sebagai wakil perseorangan pertama. Sementara Taiwan menghantar pemain nombor lima dunia, Tai Tzu-ying sebagai pencabar beliau.

Kali terakhir Jin Wei beradu dengan Tzu Ying ialah tahun 2023 menerusi kejohanan Piala Sudirman. Tzu Ying mengatasi pemain nombor ke-32 dunia itu dengan keputusan 21-8, 21-10.

Advertisements

Jaguh Taiwan itu diberi tentangan sengit oleh Jin Wei sebelum meraih kemenangan dengan keputusan 21-19, 22-20 untuk mata pertama Taiwan.

Malaysia kemudiannya meraih mata pertama menerusi beregu wanita pertama, Teoh Mei Xing-Go Pei Kee.

Advertisements

Dari segi ranking, lawan mereka iaitu Lin Wan-ching-Hsu Ya-ching berstatus regu ke-29 dunia berbanding Mei Xing-Pei Kee (regu ke-279 dunia). Itu bukan halangan buat mereka mengejutkan regu Taiwan itu dengan keputusan 21-19, 21-17.

Malaysia menurunkan K. Letshanaa sebagai wakil perseorangan kedua. Sementara Taiwan mempertaruhkan jaguh perseorangan ke-27 dunia, Hsu Wen-chi.

Advertisements

Meskipun berstatus pemain ke-68 dunia, Letshanaa memberi tentangan sengit kepada Wen-chi sebelum tewas dengan keputusan 21-13, 17-21, 16-21. Ini membantu Taiwan merekodkan mata kedua perlawanan.

Taiwan mengesahkan kemenangan dengan meraih mata ketiga perlawanan menerusi beregu wanita, Hu Ling-fang-Teng Chun-hsun.

Ketenangan yang dipamerkan regu berkenaan memudahkan mereka mengatasi cabaran regu Malaysia yang menduduki ranking ke-252 dunia menerusi keputusan 21-17,

Ketika ini, kedua-dua kontinjen fokus untuk aksi perseorangan ketiga. Malaysia menurunkan Wong Ling Ching dengan Taiwan menurunkan Sung Shuo-yun.

Ling Ching yang menduduki ranking ke-81 dunia memberi tentangan hebat kepada Shuo-yun sebelum tewas dengan keputusan 21-17, 22-20.

Malaysia akan turun menentang Thailand untuk aksi kedua Kumpulan B esok.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram