Liga Super: UITM FC Sekat Melaka United, Berjaya Pulang Dengan 1 Mata
Liga Super
Instagram: @melakautdfc_official
Advertisements

Melaka United FC meneruskan saingan Liga Super Malaysia 2021 dengan menerima kunjungan UiTM FC dalam perlawanan minggu ke-19 di Stadium Hang Jebat malam ini. Misi meraih kemenangan di laman sendiri terkandas apabila Melaka United FC sekadar seri dengan UITM FC, 1-1.

Aksi 30 minit awal permainan memperlihatkan kedua-dua pasukan tidak terburu-buru dalam mencipta gol. Pasukan pelawat, UITM FC nampak lebih berhati-hati dalam merencanakan setiap serangan ke kubu lawan.

Pemain tengah UITM FC, Khairul Izuan sengaja menguji penjaga gol Melaka United FC pada minit ke-37 permainan. Namun rembatan Izuan itu mudah ditangkap Khairul Fahmi Che Mat. 

Advertisements

Peluang terbaik dimiliki Manuel Ott buat pasukan tuan rumah pada minit ke-43 permainan apabila rembatannya kencang menggegar gawang namun terkena tiang. Selang beberapa minit selepas itu, rembatan jarak jauh daripada S. Kumaahran cantik meletakkan Melaka United FC satu gol dihadapan pada separuh masa pertama perlawanan.

Babak kedua bermula dengan serangan daripada pasukan pelawat menerusi rembatan Rafie Yaakob pada minit ke-52 permainan. Rembatan kencang itu memaksa Khairul Fahmi menepis keluar bola tersebut.

Pada minit ke-56 permainan, UITM FC sekali lagi hadir melalui lambungan menarik yang tepat ke kaki Joel Vinicius. Namun rembatan susulan Vinicius itu ditangkap kemas penjaga gol Melaka United FC.

Advertisements

Beberapa pertukaran pemain yang dilakukan pengendali UITM FC, Redzuan Abdullah jelas membuahkan hasil apabila kapten pasukan mereka, Victor Nirennold menjaringkan gol pada minit ke-83 permainan. Percubaan Victor itu mudah merobek gawang Melaka United FC.

Kedua-dua pasukan saling mencuba dalam memburu jaringan namun tidak berhasil. Diminit akhir permainan, penjaga gol Melaka United FC, Khairul Fahmi bertindak cemerlang apabila menidakkan percubaan pemain UITM FC, Rafie Yaacob. Wisel penamat ditiupkan pengadil, perlawanan tamat Melaka United FC 1-1 UITM FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram