Ujian Serupa Luqman Hakim & Zafuan Azeman
Asia
YSCC/Uthai Thani FC
Advertisements

Ujian serupa diharungi oleh dua pemain muda berbakat negara, Luqman Hakim Shamsudin dan juga Zafuan Azeman dalam mengembangkan karier di luar negara.

Luqman Hakim kini telah melengkapkan perpindahan ke kelab Liga divisyen 3 Jepun, Yokohama SCC secara pinjaman daripada kelab Belgium, KV Kortrijk.

Beliau bagaimanapun masih belum membuat kemunculan besama Yokohama dalam dua aksi pertama liga.

Advertisements

Perpindahan ke Jepun didorong oleh keinginan pemain berusia 22 tahun itu mendapatkan lebih banyak minit bermain selepas tempoh di Iceland tidak berjalan seperti yang diharapkan.

Pertemuan menentang Mito HollyHock bagi aksi J League Cup bakal menjadi detik sekali lagi buat Luqman untuk membuat kemunculan pertama di Jepun.

Advertisements

Ujian sama juga perlu diharungi oleh penyerang berbakat negara, Zafuan Azeman yang kini berkelana di Liga 1 Thailand bersama Uthai Thani FC.

Pemain berusia 24 tahun itu dilanjutkan kontrak selepas bersama pasukan itu pada tahun lalu namun berdepan saingan sengit untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

Advertisements

Beliau tidak diturunkan dalam dua aksi terakhir liga berdepan Chonburi dan juga Ratchaburi dengan pasukan itu kini berada pada tangga ke-13 liga.

Kecekalan dua pemain ini untuk terus merebut tempat di luar negara mendapat pujian rakyat Malaysia terutamanya untuk membuka mata kelab luar tentang bakat pemain Malaysia.

Advertisements

Aksi berikutnya menyaksikan Uthai Thani akan bertemu Port FC pada 9 Mac 2024 di laman lawan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram