Advertising
Ultras Lamphun Boikot Aksi Lamphun Warriors
MakanBola
Lamphun Warriors

Ultras Lamphun memutuskan untuk memboikot aksi membabitkan Lamphun Warriors untuk satu tempoh yang tidak dinyatakan.

Keputusan itu dibuat kumpulan penyokong tersebut sebagai tanda bantahan kepada penangguhan perlawanan Lamphun dan Buriram United baru-baru ini.

Ad

Aksi yang sepatutnya berlangsung pada 8 Mac ini ditangguhkan ke 26 Mac ini atas permintaan Thunder Castle.

Ad

Ini kerana pasukan itu merasakan aksi tersebut terlampau hampir dengan aksi pusingan 16 kedua Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 11 Mac.

Permohonan Buriram kemudiannya diluluskan oleh Thai League. Meskipun begitu, Ultras Lamphun menyifatkan keputusan tidak menguntungkan penyokong Lamphun.

Ad

Atas sebab itu, kumpulan berkenaan sedia memboikot aksi Lamphun untuk satu tempoh yang tidak dinyatakan.

Ad

“Kumpulan Ultras Lamphun telah bersama-sama mempertimbangkan pendapat dalam arah yang sama dan mengumumkan bahawa kami menangguhkan sokongan pasukan selama-lamanya,” kata mereka dalam satu kenyataan.

Ad

“Ini menunjukkan bahawa kami tidak bersetuju dengan keputusan ini. Kami menyeru kelab untuk menguruskan pasukan secara profesional, membuat keputusan secara profesional, menghormati program pertandingan dan kod etika sejagat.

“Kelab juga harus mengambil kira asas kelab ialah peminat bola sepak yang menyokong pasukan bersama mengharungi susah dan senang selama bertahun-tahun.”

Selepas ini, Lamphun akan menentang Khon Kaen United dalam aksi terbaru Thai League 1 pada 2 Mac.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments