Laungan Keramat UltraSel Kembali Bergema, Kecewa Dengan Aksi Longlai Selangor
Dunia
UltraSel
Advertisements

Ultras pasukan Selangor atau UltraSel kembali melaungkan ‘chant’ kepada pasukan kesayangan mereka susulan ditundukkan oleh pasukan Sri Pahang di tempat lawan semalam.

Para penyokong dilihat terus menzahirkan kedukaan terhadap anak didik Micheal Feichtenbeiner yang gagal menyaingi kekuatan pasukan kendalian Dollah Salleh apabil tewas mudah dengan keputusan 2-0.

Aksi longlai dan tidak melawan yang ditampilkan oleh The Red Giants ini juga seakan memakan diri tatkala perjuangan untuk merebut slot ke Asia semakin sukar.

Advertisements

Laungan keramat ini kedengaran sejurus tamat perlawanan apabila sekumpulan penyokong memilih untuk tidak berganjak dari tempat duduk mereka.

Malah, menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Tiktok, video tersebut menunjukkan penyokong menyanyikan lagu yang berbunyi,

“Oh Selangor, apa yang kau buat, 4 tahun main macam setan, itu pun kau tak perasan.”

Advertisements

Hal ini juga mengundang respon yang pelbagai daripada netizen terutamanya penyokong Selangor yang kelihatan sudah hilang sabar dengan aksi tidak konsisten pasukan kebanggaan mereka.

Malah, ada juga yang kekal positif dan masih mahu melihat Selangor kembali bangkit.

“Masa untuk bangkit. Kami sayang Selangor. Tegur dengan baik pun sudah, ini masanya untuk teliti balik,” jelas Kimie pada ruangan komen.

Advertisements

Kekalahan malam tadi menyaksikan Selangor terlepas 3 mata penting sekaligus mencatatkan kekalahan ke-4 musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram