Usia Bukan Ukuran, Selangor Tagih Pengalaman Pemain Kebanggsaan Jordan
Dunia
Bahaa Abd Alrahman
Advertisements

Menjelang saingan Liga Super Malaysia yang dijangka akan bermula pada bulan Febuari tahun 2022, pasukan Selangor FC kini mengorak langkah untuk menjadi pencabar utama liga bermula musim baharu nanti.

Selangor dilaporkan mengikat dua pemain kebanggsaan Jordan iaitu Baha Abdelrahman dan Yazan AL-Arab. Pengalaman yang ada pada dua pemain ini sangat ditagih oleh pasukan Selangor.

Menurut kenyataan daripada ketua jurulatih Selangor, Michael Feichtenbeiner, beliau melaungkan keyakinan yang tinggi terhadap Baha Abdelrahman dalam mengemudi bahagian tengah pasukan. Fleksibiliti yang ada pada Baha ketika bertahan dan menyerang menjadi tonik utama pasukan Selangor musim hadapan.

Advertisements

Mengulas lanjut, jurulatih kelahiran Jerman itu menyifatkan bahawa umur bukan penghalang buatnya untuk yakin akan tahap kecergasan pada Baha. Beliau kagum akan aksi bertenaga yang ditampilkan oleh Baha terutamanya pada aksi perlawanan antarabangsa.

“Saya sangat kagum dengan persembahan Baha’, terutama pada usia 34 tahun. Namun bagi saya, usianya tidak relevan, kerana yang lebih penting, pengalaman luas yang telah diperolehnya, di samping memiliki tahap kecergasan yang masih tinggi.

“Beliau telah mengetuai pasukan Jordan dalam Piala Arab di Qatar dan menjadi kapten pasukan ketika menentang Mesir pada peringkat suku akhir dan juga bermain selama 120 minit, yang jelas menunjukkan bahawa beliau masih cergas,” kata Baha dalam Selangorfc.com.

Advertisements

Untuk rekod, Baha Abdelrahman merupakan tonggak utama pasukan Jordan dalam kempen Piala Arab yang berlangsung di Qatar baru-baru ini. Beliau turut berjaya menjaringkan 6 gol dalam 118 perlawanan bersama skuad kebanggsaan

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram