Advertisement
Uzbekistan Aibkan Vietnam
Asia
MakanBola
FA Uzbekistan

Pasukan kebangsaan Vietnam tidak berjaya bangkit pada aksi persahabatan kedua Tier 1 apabila tewas kepada Uzbekistan dengan keputusan 2-0.

Anak buah Philippe Troussier turun dengan kesebelasan terbaik untuk mencari gol pembukaan lebih awal sementara Uzbekistan meletakkan beberapa muka terbaik pada aksi ini.

Jangan lupa subscribe Youtube MakanBola

Pasukan ke-95 dunia ini mahu bangkit mencari kemenangan selepas tewas mengejut kepada China dalam satu aksi persahabatan.

Uzbekistan yang diketuai oleh penyerang berbisa BG Pathum, Igor Sargeev bagaimanapun lebih mendominasi perlawanan.

Detik yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila pasukan ke-75 dunia itu membuka tirai jaringan menerusi ledakan pemain berbisa pasukan, Oston Urunov pada minit ke-25.

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 1-0.

Bersambung babak kedua, Vietnam melancarkan serangan bertali-arus dan hampir memperoleh jaringan menerusi percubaan penyerang berbisa pasukan, Nguyen Quang Hai.

Uzbekistan menggandakan jaringan menerusi Husniddin Alikulov yang menjaringkan gol hasil kealpaan benteng Vietnam pada minit ke-67.

Tambahan masa 6 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal dengan jaringan 2-0.