Advertising
Van Persie Kecewa Dengan Prestasi United
Dunia
MakanBola

Bertugas sebagai pengulas di rangkaian sukan BT Sports, Robin Van Persie meluahkan perasaan kecewa beliau diatas persembahan ‘hambar’ Manchester United ketika menewaskan Partizan Belgrade.

“Benar, situasinya tidak bagus sama sekali dan saya perlu berkata jujur. Mereka hanya mempunyai satu percubaan tepat [sepanjang perlawanan] dimana ianya datang dari sepakan penalti”.

Ad

“Dalam separuh masa kedua Partizan mencipta tiga percubaan berbahaya dan United sepatutnya pada pendapat saya, harus melakukan lebih bagus daripada lawan mereka itu”.

Ad

Ketika ditanya adakah skuad bimbingan Ole Gunnar Solksjaer menunjukkan sebarang peningkatan atau nilai positif dalam persembahan selepas mengikat seteru utama, Liverpool awal minggu lalu, ini jawapan Van Persie.

“Tidak, itu bukan satu peningkatan. Saya bercakap benar. Saya ingin melihat mereka beraksi lebih baik, saya mahukan satu persembahan menarik dari mereka tetapi itu tidak berlaku. Lihat untuk separuh masa kedua, Rashford sangat segar namun mereka tidak banyak mencipta peluang”.

Ad

“Jika anda menang 1-0 menentang Partizan Belgrade ia masih keputusan yang baik tetapi semua orang inginkan permainan yang hebat dari penyerang, memberi tekanan pada lawan dan beraksi lebih positif. Untuk semua itu, saya tidak melihatnya tadi [awal pagi]”.

Ad

“Penyokong dahagakan sesuatu [dari pemain] iaitu permainan yang positif. Tidak boleh silap, tidak boleh gagal, tidak boleh melepaskan peluang dan inilah bolasepak. Tetapi sekurang-kurangnya anda perlu cuba beraksi lebih positif dengan corak lebih menyerang”.

Ad

Sumber: Buletin Manchester United