VAR Bakal Hiasi Aksi Kedah Di Stadium Darul Aman
Liga Super
KDA FC
Advertisements

Gelanggang keramat pasukan Kedah, Stadium Darul Aman bakal dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pengadil (VAR) bagi musim 2024.

Stadium Darul Aman juga telah menerima kunjungan wakil Malaysian Football League (MFL) baru-baru ini bagi menjalani beberapa pemeriksaan penting sebelum bermulanya saingan musim 2024.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Kedah menerusi sebuah hantaran di laman media sosial rasmi milik mereka.

Advertisements

Beberapa aspek seperti kemudahan penyiaran, tahap kualiti lampu limpah stadium, keadaan fasiliti serta penggunaan VAR menjadi fokus utama dalam penilaian tersebut.

“Unit Teknikal, Operasi dan Pertandingan KDA FC telah menerima kunjungan delegasi dari Malaysian Football League (MFL) baru-baru ini untuk menjalankan pemeriksaan Stadium Darul Aman dari beberapa aspek penting untuk musim baharu yang akan bermula 10 Mei ini.”

“Delegasi pemeriksaan ke venue perlawanan, Stadium Darul Aman, Alor Setar oleh MFL ini turut disertai oleh pihak Astro dan panel Sistem Bantuan Pengadil (VAR) bagi menilai kemudahan penyiaran, lampu limpah, fasiliti dan ukuran tetap bagi penggunaan VAR dan lain-lain berkiatan yang disediakan di stadium. Turut hadir membuat pemantauan adalah Komissioner Perlawanan lantikan MFL iaitu Encik Shahrin Ismail.”

Advertisements

“Tinjauan awal ini bertujuan bagi memastikan stadium ini memenuhi piawaian dan kriteria Peraturan Pertandingan MFL bagi melancarkan pengurusan Liga Super bagi pertandingan, penyiaran dan Video Assistant Referee (VAR) untuk musim 2024-2025.”

“Pihak pengurusan Stadium Darul Aman, Perbadanan Stadium Negeri Kedah (PSNK) ketika ini telah menjalankan proses menaik taraf lampu limpah jenis LED bagi mempersiapkan had keterangan yang mencukupi dan lebih baik seterusnya menyokong penggunaan tenaga lebih efisyen dan mesra penyelenggaraan di masa hadapan.” menurut perkongsian rasmi pasukan Kedah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram