Penolong Jurulatih Kedah FC, Victor Andrag memuji semangat juang tinggi para pemain Kedah ketika menewaskan Kelantan United semalam.
Keputusan berakhir dengan keputusan Kedah 3-2 Kelantan United. Meskipun ketinggalan dengan jaringan 0-1, anak buah Nafuzi Zain tetap bangkit mendapatkan tiga mata penuh.
“Sebenarnya pujian buat pemain.
“Selepas dua kekalahan dan tidak kutip mata, sudah tentu fokus pemain terganggu tapi kami mahu pastikan pemain lebih fokus dalam perlawanan ini sepanjang 90 minit.
“Walaupun masih ada beberapa kepincangan, kami masih mampu untuk bangkit.
Bekas pemain Kedah itu menganggap Kelantan United telah memberikan tentangan hebat kepada Kedah meskipun kali pertama beraksi di Liga Super.
Beliau berharap agar pemain dapat rehat dengan secukupnya untuk terus mengekalkan momentum kemenangan yang akan dibawa ke perlawanan seterusnya.
“Dalam keadaan Kelantan United pada suatu ketika (melancarkan) asakan bertubi-tubi tapi kami masih mampu bertahan.
“Pujian kepada Kedah dan tahniah kepada Kelantan kerana beri satu saingan sengit.
“Saya harap pemain membawa satu semangat ke padang dalam keadaan baik.
“Saya harap cuti sehari dua ini pemain akan pulih sepenuhnya,” kata Victor Andrag dipetik daripada Stadium Astro.
Ketua jurulatih Kedah,Nafuzi Zain kini menjalani hukuman penggantungan selepas dilayangkan kad merah dalam aksi liga super tempoh hari.