Video: Siapa Shahab Zahedi?
MakanBola
Johor Southern Tigers

Selepas diperkenalkan sebagai rekrut pertama Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk musim 2026/27, ramai penyokong ingin tahu tentang profil penyerang Iran, Shahab Zahedi.

Penyerang berusia 30 tahun itu dilihat kaya dengan pengalaman beraksi di Eropah dan Asia. Selain pernah beraksi untuk Persepolis dan Machine Sazi, Zahedi pernah berkelana sehingga ke Ukraine dan Iceland.

Selain dua kelab Iran itu, beliau pernah beraksi untuk Zorya Luhansk, IBV, Olympic Donetsk, Suwon Samsung Bluewings, Puskas AFC dan kelab terakhirnya, Avispa Fukuoka.

Zahedi dilihat memiliki ciri sebagai seorang peledak yang baik. Ini kerana dengan ketinggian 1.87 meter, beliau memiliki kelebihan fizikal untuk merebut penguasaan bola terutama di udara.

Selain itu, anak jati Malayer, Hamedan itu juga mampu melakukan pelbagai jenis percubaan termasuk percubaan jarak jauh. Ini terbukti apabila Zahedi menjaringkan gol jarak jauh ketika menentang Gamba Osaka pada Mei 2024.

Rekod terbaiknya sebagai penyerang ialah 14 gol yang diraih semasa beraksi untuk Puskas AFC dan Olympic Donetsk. Ini disusuli 13 gol semasa Zahedi bersama Avispa.

Meskipun beraksi sebagai peledak utama, beliau juga boleh beraksi sebagai pemain sayap mengikut keperluan taktikal pasukan.

Zahedi juga memiliki pengalaman memenangi trofi baik di peringkat kelab mahupun antarabangsa. Beliau pernah merangkul trofi Icelandic Cup bersama IBV pada 2017 dan bergelar juara liga sebanyak dua kali bersama Persepolis.

@jleagueintl

Throwback to Shahab Zahedi’s incredible halfway line goal! ⚽🔥 What a memorable moment! JEAGUE fyp goal football viral

♬ original sound – J.LEAGUE ™ Official – J.LEAGUE ™ Official

Meskipun hanya merekodkan satu penampilan bersama Iran, Zahedi pernah membantu pasukan itu bergelar juara CAFA Nations Cup.

Justeru, pengalaman dan kelebihan yang dimiliki beliau mampu menjadi aset kepada JDT dalam mengharungi musim 2026/27.