Vietnam Bakal Uji Taktikal & Teknikal Harimau Malaya
MakanBola
Vietnam FF

Pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski percaya Vietnam akan menguji keupayaan taktikal dan teknikal pasukan itu.

Hal ini dinyatakan beliau selepas mendapat tahu juara ASEAN Championship 2024 itu telah membuat persiapan rapi menghadapi skuad negara.

Ini ditambah dengan Harimau Malaya kini diperkuatkan dengan beberapa pemain baharu yang berpangkalan di luar negara.

Antara pemain yang menyertai kem skuad kebangsaan kali ini ialah Imanol Machuca, Rodrigo Holgado, Jon Irazabal dan Facundo Garces.

Atas sebab itu, Cklamovski mahu anak-anak buahnya bersedia menghadapi apa saja perancangan yang digerakkan jurulatih Vietnam, Kim Sang-sik.

“Lawan sebegini cukup penting untuk kita kerana ia bukan mudah. Mereka akan mencabar kita dalam perlawanan, itu yang kita perlu atasi. Dan seperti yang anda tahu, kita ada ruang dalam perlawanan untuk kita manfaatkan.

“Itu yang kita akan ke tahap yang berbeza. Macam saya kata, kita perlu berentap dari segi fizikal, kita ada pelan fizikal untuk kita bawa ke tahap seterusnya.

“Perlawanan ini akan menguji kita secara taktikal dan teknikal,” katanya kepada Nadi Arena.

Malaysia akan berdepan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 10 Jun ini.