Vietnam Bawa ‘Jackie Chan’ Hadapi Indonesia?
Asia Tenggara
VFF
Advertisements

Vietnam telah mengumumkan 34 pemain yang dipanggil ke kem latihan skuad kebangsaan dengan 26 pemain terakhir akan diumumkan untuk dibawa ke Piala Asia 2023 bulan hadapan.

Antara nama-nama besar yang dipanggil oleh jurulatih Vietnam, Philippe Troussier adalah Nguyen Quang Hai, Nguyen Tien Linh dan penjaga gol kacukan Vietnam-Republik Czech, Filip Nguyen.

Daripada 34 nama yang dipanggil itu, terdapat salah seorang pemain yang digelar Jackie Chan. Umum mengetahui, Jackie Chan adalah pelakon hebat dari Hong Kong yang terkenal dengan aksi-aksi mempertahankan diri yang memukau.

Advertisements

Jackie Chan yang dipanggil oleh Vietnam adalah pemain Cong An Ha Noi FC. Pemain ini bernama Lê Phạm Thành Chân namun apabila diolah namanya dalam bahasa inggeris ianya akan berubah menjadi Le Pham Jackie Chan.

Beraksi di bahagian tengah, pemain ini bukanlah nama yang selalu membarisi skuad kebangsaan Vietnam di bawah kendalian bekas jurulatih, Park Hang-seo.

Ketenangan yang dimiliki beliau telah membuka mata Troussier untuk membawa pemain ini ke dalam kem kebangsaan menjelang Piala Asia 2023 di Qatar bulan hadapan.

Advertisements

Untuk rekod, Le Pham telah mempunyai satu penampilan antarabangsa bersama Vietnam iaitu Iraq dalam Kelayakan Piala Dunia 2026 bulan lepas. Dalam perlawanan itu, Le Pham beraksi selama 35 minit dengan menyaksikan Vietnam tewas tipis 0-1 kepada Iraq.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram