Advertising
Vietnam Mahu Ulangi Pencapaian 2018
MakanBola
Vietnam FF

Pengendali Vietnam, Kim Sang-sik berharap dapat mengulangi pencapaian bergelar juara ASEAN Championship yang dilakar pada 2018.

Sejarah kejohanan menyaksikan Pahlawan Bintang Emas muncul juara sebanyak dua kali iaitu 2008 dan 2018. Edisi 2008 menyaksikan kejayaan itu dilakar bersama jurulatih Portugal, Henrique Calisto.

Ad

Ini disusuli sentuhan emas rakan senegara Sang-sik, Park Hang-seo dalam edisi 2018. Menariknya, Vietnam muncul juara dengan menewaskan juara bertahan pada ketika itu, Thailand.

Ad

Kini, Sang-sik berpeluang membantu Vietnam meraih gelaran juara buat kali ketiga. Vietnam ketika ini memiliki kelebihan dua gol selepas menewaskan Gajah Perang 2-1 dalam aksi final pertama pada 2 Januari lalu.

Dua gol Nguyen Xuan Son memberi sedikit kelebihan kepada Pahlawan Bintang Emas menjelang aksi final kedua di Stadium Rajamangala.

Ad

Meskipun sedar berdepan cabaran sukar di tempat lawan, Sang-sik percaya anak buahnya mampu melakar kejutan di bumi Thailand.

Ad

“Saya berpuas hati dengan kejayaan 2-1 di Stadium Viet Tri tapi saya harap pemain-pemain dapat lupakan apa yang berlaku dalam perlawanan itu,” katanya seperti dilaporkan TheThao247.

Ad

“Saya faham perlawanan esok akan menjadi sukar, Thailand akan tampil lebih kuat. Esok, kita mahu menang dan matlamat saya ialah meraih kejuaraan bersama pasukan Vietnam.”

Sang-sik turut memaklumkan beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan pengendali Thailand dari Jepun, Masatada Ishii.

“Kita dua jurulatih yang datang dari Korea Selatan dan Jepun, kedua-duanya merupakan kuasa bola sepak yang sentiasa bersaing. Tapi saya hanya mahu fokus kepada perlawanan esok,” tambahnya.

“Saya dan Ishii tidak mempunyai sebarang masalah. Beberapa hari lalu, saya tewaskan beliau. Kita ke Thailand untuk ulangi pencapaian itu dan meraih kejuaraan.”

Thailand dan Vietnam bakal berentap buat kali kedua pada 5 Januari ini.