Vietnam Tempah Tiket Ke Piala Asia 2027
MakanBola
Vietnam FF

Vietnam sah layak ke saingan Piala Asia 2027.

Hal ini berlaku selepas Jawatankuasa Etika dan Tatatertib Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menjatuhkan hukuman kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung kes penggunaan pemain yang tidak layak.

Selepas meneliti semua fakta termasuk hujah daripada FAM, Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mendapati FAM bersalah kerana melanggar Artikel 56 Kod Etika dan Disiplin AFC.

Susulan itu, Vietnam dan Nepal masing-masing diberi kemenangan 3-0 oleh pihak jawatankuasa. Ini sekaligus mengubah kedudukan dalam Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027.

Susulan itu, Malaysia jatuh di tempat kedua dengan sembilan mata. Ini disebabkan kemenangan Harimau Malaya ke atas Nepal dan Vietnam pada Mac dan Jun 2025 telah dibatalkan.

Vietnam pula kini mengumpul 15 mata sekaligus menjadi peneraju baharu Kumpulan F. Hal ini membolehkan anak buah Kim Sang-sik layak ke Piala Asia 2027 dengan kelebihan satu perlawanan.

Pahlawan Bintang Emas berpeluang menutup kempen kelayakan dengan kemenangan apabila bertemu skuad negara pada 31 Mac ini.