Vlogger Indonesia Halunisasi Thailand Terjerat Doping, Berharap Perlawanan Diulang Semula
Dunia
Changseuk
Advertisements

Media bukan arus perdana dan v-blogger Indonesia mula berhalunisasi bahawa perlawanan akhir pertama di antara Thailand dan Indonesia dibatalkan mahupun diulang semula gara-gara terdapat pemain Thailand tertangkap isu penggunaan dadah terlarang.

Video dengan tajuk “AFF GEMPAR THAILAND DI DISKUALIFIKASI PERTANDINGAN HARUS DI ULANG” telahpun ditonton lebih 800 ribu kali dan kini diulang siar oleh pencipta kandungan video lain di Youtube seperti yang dilaporkan portal VIVA.

Kedua-dua negara sebelum ini sememangnya mengalami masalah berkaitan isu penyalah gunaan dadah dalam sukan namun ianya tidak berlaku dalam perlawanan akhir pusingan pertama yang berlangsung Rabu lalu di mana Indonesia tewas 0-4 kepada Thailand.

Advertisements

Walaubagaimanapun tuduhan tersebut adalah tidak berasas dan ianya hanya hantaran video palsu dengan tajuk yang mengelirukan hanya untuk menghuru-harakan keadaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram